Pusat tahfiz bekerjasama dengan universiti tempatan
Iklan
PINTA bekerjasama dengan universiti tempatan bagi melahirkan lebih ramai pelajar lepasan tahfiz yang mampu bekerja dalam bidang profesional. - Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR (Gambar kecil: Mohd Zahid)
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Kebangsaan (PINTA) bekerjasama dengan universiti tempatan bagi melahirkan lebih ramai pelajar lepasan tahfiz yang mampu bekerja dalam bidang profesional.
Presidennya, Mohd Zahid Mahmood berkata, untuk tujuan itu pihaknya berkolaboratif bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan menawarkan Program Diploma Tahfiz kepada lepasan pelajar tahfiz seluruh negara sejak enam tahun lalu.