Tangguh projek: Impak kepada rantaian pekerja
Iklan
Pakar sarankan kerajaan perincikan lagi penangguhan membabitkan projek impak langsung dan sangat diperlukan rakyat. - (Gambar hiasan), gambar kecil: Shankaran
SHAH ALAM - Langkah kerajaan menangguhkan atau tidak meneruskan mana-mana projek belum bermula di Malaysia, bakal memberi kesan terhadap perusahaan terlibat dalam keseluruhan rantaian pekerjaan projek berkenaan.
Pakar ekonomi dari Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Dr Firdausi Suffian berkata, pelaksanaan itu akan memberi implikasi signifikan khususnya kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terbabit.