Pantau penginapan 'haram'
Iklan
Keadaan sebenar bilik kediaman berbeza dengan apa yang diiklankan kepada pelancong. Gambar kecil: Ganesh
SHAH ALAM - Dianggarkan lebih 70,000 unit penginapan kediaman jangka masa pendek (STRA) di negara ini menyediakan perkhidmatan tempat tinggal kepada pelancong tanpa sebarang kawalan, kata Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr Sri Ganesh Michiel.
Beliau berkata, kerajaan juga tidak mengenakan sebarang kawal selia terhadap Agensi Pelancongan Dalam Talian (OTA) yang menyenaraikan perkhidmatan STRA menerusi platform masing-masing.