Jangan perjudikan kedaulatan negara
Iklan
Akhbar Financial Times baru-baru ini, melaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu yang menuntut RM62.59 bilion daripada Malaysia.
PADA 12 Julai lalu, sedikit kegemparan berlaku apabila akhbar Financial Times yang berpangkalan di London melaporkan bahawa aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris Kesultanan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.
Laporan akhbar Financial Times bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’ ini dikira menggemparkan apabila nilai aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l., dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).