Baran di atas jalan raya
Iklan
Kurang kesedaran terhadap akibat dan hukuman ke atas pembuli jalan raya menyebabkan masih ramai tidak gentar serta memandang remeh undang-undang perbuatan tersebut. (Gambar hiasan)
Tekanan hidup jadi punca hingga terbawa-bawa ke atas jalan raya
SHAH ALAM - Peningkatan kes buli jalan raya di Malaysia ketika ini berlaku disebabkan ramai pengguna kenderaan mudah hilang sabar ketika memandu.
Ketua Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Law Teik Hua berkata, ia biasa terjadi apabila seseorang itu terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk berikutan jumlah kenderaan semakin meningkat pada masa kini.