Langkah penjimatan berkuat kuasa serta-merta
Iklan
Kerajaan harus melaksanakan langkah-langkah penjimatan perbelanjaan bagi membantu membiayai sebahagian perbelanjaan tambahan berkaitan subsidi demi kesejahteraan rakyat. (Gambar kecil: Asri)
Uruskan aliran tunai ikut keutamaan demi kesejahteraan rakyat
PUTRAJAYA - Semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun dan syarikat jaminan kerajaan (CLBG) diarah melakukan penjimatan dengan menguruskan aliran tunai mengikut keutamaan berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon menerusi laporan Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam berkata, perbelanjaan bagi bantuan dan subsidi diunjurkan mencecah RM77.7 bilion berbanding dengan peruntukan RM31 bilion yang diluluskan dalam Bajet 2022.