Mara pantau aset luar negara
Iklan
Mara mempunyai aset di luar negara selain aset di bawah Mara Inc. (Gambar kecil: Azizah Mohd Dun)
PENAMPANG - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memastikan pegawai atau peguamnya mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan aset di luar negara akan dijadikan sasaran waris Kesultanan Sulu.
Pengerusi Mara, Datuk Seri Azizah Mohd Dun mengakui Mara mempunyai aset di luar negara selain aset di bawah Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc).