Tiga anak gagal kuasai kemahiran 3M
Iklan
Nur Salina bersama dua anaknya berusia 11 dan 12 tahun ketika ditemui di Kampung Manjoi Tambahan, Gugusan Manjoi, Ipoh.
Akibat sering tidak hadir ke sekolah kerana kemiskinan
IPOH - Disebabkan sering ponteng sekolah akibat kesempitan hidup, tiga beradik berusia 12, 11 dan 8 tahun gagal menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
Suri rumah, Nur Salina Mohd Hussin, 33, berkata, pendapatan suaminya, Azahari, 37, yang tidak menentu dan sering bertukar kerja menyebabkan mereka mengalami kesulitan untuk menghantar anaknya ke sekolah.