Jangan 'makan hati' berpanjangan
Iklan
Jika kita kekal untuk ‘makan hati’ dan tidak berusaha untuk keluar daripada lingkungan berkenaan, tentunya akan bersedih untuk selamanya. - Foto 123RF
kolum: SEBETULNYA
INSYA-ALLAH, esok kita akan menyambut Hari Raya Korban. Saya percaya, ramai yang sudah balik ke kampung untuk menyambut bersama ahli keluarga.
Bagi yang melaksanakan ibadah korban, selain daripada mengagihkan daging kepada mereka yang tidak berkemampuan, sebagai hadiah untuk saudara-mara serta untuk kegunaan sendiri, sudah tentu tidak sabar untuk makan daging yang segar dan enak.