Lebih ramai tunaikan ʻhajatʼ
Iklan
Muhammad Ikhwan Hadif Imam Sufaat membersihkan sebahagian daripada 200 ekor lembu korban di kandang lembu dan kambing Kampung Lombong, sebelum diserah kepada pembeli sempena Aidiladha.
SHAH ALAM - Selepas dua tahun Aidiladha disambut dalam suasana terhad susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengekang penularan wabak Covid-19, ibadah korban kali ini dijangka dirai dengan suasana lebih meriah.
Pastinya, umat Islam di seluruh negara tidak sabar untuk menunaikan ibadah sunat muakkad itu memandangkan tiada lagi sekatan.