Ikan siakap jadi stok sekuriti makanan
Iklan
Ikan siakap diternak melalui akuakultur dapat menjamin sekuriti makanan terutamanya sumber protein daripada daging ikan. (Gambar kecil: Mohd Sufian)
PUTRAJAYA - Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memilih ikan siakap yang diternak sangkar sebagai simpanan stok atau stockpile untuk sekuriti makanan bagi memastikan bekalan ikan sentiasa mencukupi.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Mohd Sufian Sulaiman berkata, ia antara inisiatif yang telah dilaksanakan DOF di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.