Tuntut jawatan TPM permintaan mengarut
Iklan
Mohd Razlan menyifatkan tuntutan jawatan Timbalan Perdana Menteri oleh Muhyiddin sebagai satu permintaan mengarut.
SHAH ALAM - Permintaan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai satu perbuatan mengarut.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, tindakan yang dilakukan bekas Perdana Menteri itu adalah tidak sensitif terhadap keadaan semasa.