Tiada istilah 2 nakhoda 1 kapal dalam UMNO
Iklan
Mohd Razlan (kanan) dalam program Sinar Live yang bertajuk 'UMNO Vs Pembelot' pada Khamis.
SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii menjelaskan bahawa tiada istilah dua nahkoda dalam satu kapal dalam parti itu seperti yang didakwa oleh pihak luar.
Menurut beliau, sekiranya terdapat perpecahan di dalam UMNO, ia telah memberi kesan buruk terhadap pentadbiran parti tersebut.