Tuduhan Tajuddin terhadap UMNO sudah lapuk, kata Razlan
Iklan
Mohd Razlan dalam program Sinar Live bertajuk 'UMNO Vs Pembelot' yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Khamis.
SHAH ALAM - Tuduhan yang dilemparkan bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman terhadap parti itu disifatkan sudah lapuk.
Ahli MKT UMNO, Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata, ini kerana tuduhan tersebut juga pernah dibangkitkan oleh bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa sebelum ini.