Tindakan BNM naikkan OPR tidak boleh tangani inflasi
Iklan
SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpandangan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan 25 mata asas Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.25 peratus, tidak boleh membantu negara menangani inflasi.
Sebaliknya, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pengajian Siswazah daripada i-CATS University College Kuching, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, langkah itu boleh merencatkan lagi keadaan ekonomi.