Guna duit sendiri laksana ibadah korban
Iklan
(Gambar kecil: Muhammad Hafeez) Malaysia dan Thailand mencapai persetujuan bersama bagi memudah cara pengimportan lembu hidup untuk memenuhi keperluan bekalan penyembelihan ibadah korban di negara ini. - Foto 123RF
Para pemimpin politik diingatkan jangan salah guna dana kerajaan
SHAH ALAM - Kumpulan pemimpin yang ingin menunaikan ibadah korban diingatkan untuk menggunakan duit sendiri dan bukannya sumber diperoleh daripada dana kerajaan kerana ia mungkin boleh menjadi satu perbuatan sia-sia jika dilaksanakan.
Ketua Pegawai Operasi EZ Qurban, Muhammad Hafeez Firdaus Toharudin berkata, amalan korban merupakan ibadah diri sendiri dan bukannya tuntutan yang perlu dilaksanakan oleh mana-mana institusi ataupun daripada pihak kerajaan.