KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca buruk di Sarawak sehingga esok selain hujan lebat di Terengganu, Pahang dan Johor sehingga Selasa depan.
MetMalaysia menerusi Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional dalam kenyataannya memaklumkan hujan lebat dan cuaca buruk di Sarawak akan berlaku di Kuching, Serian dan Samarahan selain di Sri Aman, Betong dan Sarikei.