Henti sementara teroka bukit
Iklan
Seorang penduduk Nurul Atikah Ismail, 30, melihat keadaan rumah ibunya di Kampung Iboi, Baling yang rosak serta ditenggelami selut selepas dilanda banjir petang Isnin.
Tunggu hasil kajian impak dilakukan golongan profesional
SHAH ALAM - Penerokaan bukit dan kawasan berisiko seluruh negara perlu dihentikan buat sementara waktu, sehingga kajian secara bebas dilakukan oleh golongan profesional.
Pakar Geologi, Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar beberapa tragedi banjir lumpur dan kepala air yang berlaku sebelum ini hingga menyebabkan ada nyawa yang terkorban serta kerugian harta benda.