Sikap pemimpin punca rakyat pilih pembangkang
Iklan
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (kanan) bersama tokok wartawan, Tan Sri Johan Jaaffar ketika program Bersama Johan Jaaffar yang disiarkan di semua platform digital Sinar Harian pada Rabu.
SHAH ALAM - Penolakan kaum Cina terhadap MCA ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 berpunca daripada sikap pemimpin yang tidak mengendahkan keluhan rakyat.
Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong mengakui, kesempatan itu digunakan sebaiknya oleh pembangkang untuk menabur pelbagai janji bagi menarik sokongan rakyat kepada mereka.