Keluhan kos hidup di Australia
Iklan
Harga sayur-sayuran segar meningkat disebabkan kesan Perang Ukraine di Australia.- Foto AFP
BERJUTA-juta penduduk di Australia terpaksa menghadapi kenaikan harga barangan termasuk tenaga elektrik sehingga terpaksa menempuh tekanan kos sara hidup tinggi berikutan peperangan yang berlaku antara tentera Rusia dengan Ukraine.
Perang Ukraine yang berlaku akibat serangan tentera Rusia pada 24 Februari lalu telah menyebabkan pihak pembekal tidak mempunyai pilihan lain selain menaikkan harga barangan kerana berlakunya gangguan dalam isu-isu berkaitan rantaian pembekalan dan penghantarannya.