Naik OPR, bayaran bulanan pinjaman pun naik
Iklan
Bukan waktu sesuai untuk menaikkan OPR dalam keadaan rakyat mahu berjimat cermat dalam berbelanja. (Gambar kecil dari kiri: Sofia Izzati, Raftah Hanim, Nabil Fikri, Arman Rahman)
Orang ramai tidak setuju OPR dinaikkan lagi ketika rakyat masih susah
SHAH ALAM - Sebahagian besar rakyat di negara ini tidak bersetuju sekiranya kadar dasar semalaman (OPR) dinaikkan lagi seperti jangkaan pakar ekonomi.
Menurut mereka, tindakan itu dikhuatiri memberi tekanan berganda terhadap peminjam terutama ketika kos sara hidup semakin meningkat.