UMNO belum terima respons JPPM, kena tunggu 16 Julai
Iklan
Adakah UMNO akan berdepan pengharaman jika usul penangguhan pemilihan mereka ditolak JPPM.
Perlu tunggu selama 60 hari bagi mendapatkan maklum balas setelah usul pindaan perlembagaan parti itu diluluskan pada 15 Mei lalu
SHAH ALAM - Beberapa pemimpin utama UMNO mengesahkan parti itu masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung permohonan menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, pihaknya mengesahkan setakat ini parti itu masih belum menerima jawapan daripada JPPM sama ada jabatan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu bakal meluluskan penangguhan pemilihan UMNO selepas PRU15 atau sebaliknya.