FOMCA terima lebih 70 aduan kenaikan premium insurans
Iklan
Pengguna membantah kenaikan harga premium insurans kenderaan kerana pada masa ini orang ramai sudah terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) memaklumkan pihaknya menerima lebih 70 aduan daripada pengguna berhubung kenaikan premium insurans kenderaan.
Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Baskaran Sithamparam berkata, minimum kenaikan adalah sebanyak 10 peratus dan ia berbeza bagi setiap syarikat insurans.