Perluas 'bumbung cekap tenaga'
Iklan
Bumbung cekap tenaga adalah satu teknologi mampu memantulkan sinar matahari yang memanaskan sesuatu bangunan. Foto Bernama.
MALAYSIA berusaha untuk menjadi sebuah negara hijau dan sifar karbon. Malah, kerajaan Malaysia menyasarkan seawal tahun 2050, mampu mencapai pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’.
Sasaran itu mampu dicapai sekiranya Strategi Jangka Masa Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT-LEDS) yang sedang dimuktamadkan oleh kerajaan mempunyai hala tuju yang jelas dan mampu disambut dengan baik oleh pemain industri serta menjadi amalan kepada masyarakat.