Baik kalau faham ekonomi
Iklan
Adalah lebih baik kerajaan menjimatkan perbelanjaan lain daripada memotong bantuan kepada orang ramai secara tiba-tiba. - Foto Bernama
SAYA kerap menyebut berkenaan banyak orang berkata mereka tidak faham ekonomi dan tidak mencuba mempelajarinya kerana menyangka ia sukar.
Ini adalah pendirian yang merugikan yang tercetus daripada tanggapan yang salah. Pada asasnya ekonomi sangat mudah. Dalam bahasa asalnya iaitu Greek, ia bermaksud menguruskan rumah tangga.