Jihad inflasi perlu dukungan rakyat
Iklan
Perjuangan menentang inflasi sukar berjaya tanpa kesedaran dan tanggungjawab bersama rakyat sebagai pengguna. - Foto Bernama
HARI ini semua orang bercakap mengenai inflasi yang membelon akibat kenaikan harga barangan, bahan api dan perkhidmatan. Ini bukan sekadar masalah dalam negara namun fenomena dunia.
Statistik inflasi dunia menunjukkan Malaysia antara sebahagian kecil negara dunia yang mengalami inflasi di bawah lima peratus.