Elak pembaziran ketika inflasi
Iklan
Setiap hari rakyat Malaysia dikatakan menghasilkan sebanyak 38,000 tan sisa pepejal dan daripada jumlah itu, kira-kira 17,000 tan adalah sisa makanan. - Foto 123RF
MINGGU lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan peruntukan keseluruhan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kini telah mencecah sebanyak RM8 bilion, jumlah bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah negara berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Tujuan kerajaan menambahkan bantuan tunai berkenaan kepada rakyat jelata, terutama sekali kepada golongan B40 adalah untuk menghadapi keadaan inflasi dan peningkatan kos sara hidup sejak kebelakangan ini.