Denda RM100,000 jika tidak patuh
Iklan
Alexander ketika mengadakan tinjauan harga jualan ayam di Seksyen 15, Shah Alam pada Jumaat.
SHAH ALAM - Mana-mana pihak khususnya peniaga ayam dan telur ayam yang gagal mematuhi penetapan harga barangan terkawal itu boleh dikenakan denda mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam hantaran di laman Facebook rasmi memaklumkan, individu yang gagal mematuhi akta berkenaan akan dikenakan denda sehingga RM100,000 atau kompaun sehingga RM50,000 sekiranya didapati bersalah.