Harga minyak masak botol melambung
Iklan
Hasil tinjauan Sinar Harian mendapati ada pasar raya yang menjual minyak masak botol pada harga lebih 40 peratus berbanding harga lama. Gambar kecil dari kiri: Zaitul Amali, Azizul
SHAH ALAM - Tinjauan Sinar Harian di beberapa pasar raya di sini mendapati kadar peningkatan itu melibatkan kesemua jenis minyak masak botol iaitu 1, 2, 3 dan 5 kilogram (kg).
Bagi minyak botol 5kg, peningkatan harga melibatkan pelbagai jenama termasuk Seri Murni yang naik kepada RM42.70 iaitu 44 peratus, diikuti Buruh, RM42.60 (43.5 peratus); Alif, RM42.50 (43 peratus); Vesawit, RM42.25 (42.5 peratus) dan Saji, RM42.20 (42 peratus).