‘Hanya tinggal minyak masak botol’
Iklan
Mohd Salim menunjukkan bekalan minyak masak paket 1kg yang telah kehabisan di kedainya, selain minyak masak botol semakin berkurangan. Gambar kecil: Rosilawati, Ramadhan
SHAH ALAM - Kebanyakan pasar raya di Seksyen 15 dan 16 di sini, terputus bekalan minyak masak peket satu kilogram (kg) dan hanya menjual minyak masak botol dua hingga 5kg.
Seorang jurujual pasar raya di Seksyen 15 dikenali sebagai Hidayah berkata, bekalan minyak masak peket 1kg, terputus sejak dua minggu lalu.