Apa Pelan B UMNO untuk PRU15?
Iklan
Mungkin UMNO harus fikirkan Pelan B dengan senario PRU15 dalam tahun 2023. - Foto fail bernama
PELAN A UMNO untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) cukup jelas sekali. Adakan pada tahun ini, kalau bukan September maka November dengan terbubarnya Parlimen selepas pengemukaan Belanjawan 2023.
UMNO percaya ini akan membawa kemenangan besar kerana kesan inflasi masih boleh ditoleransi rakyat, setidak-tidaknya dengan Belanjawan 2023 yang manis.