Pakej belajar memandu akan naik harga?
Iklan
Seorang tenaga pengajar memberi panduan kepada pelajarnya di Institut Manducekap Hi-Tec, Taman Seri Muda, Seksyen 25, Shah Alam pada Selasa.
Pima akui dalam perancangan menaikkan sedikit harga khidmat mengajar memandu
SHAH ALAM - Kerajaan diharap mempertimbang kenaikan kadar yuran sekolah memandu di negara ini dalam masa terdekat.
Presiden Persatuan Institut Memandu Malaysia (Pima), Mat Aris Bakar berkata, pihaknya kini dalam perancangan untuk mengemukakan cadangan harga baharu bagi mendapatkan lesen memandu.