Di mana hebatnya filem Mat Kilau?
Iklan
Di Facebook, Instagram, Twitter, YouTube semuanya menyebut mengenai kewujudan filem Melayu terbaharu iaitu Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.
FILEM Mat Kilau kini menjadi salah sebuah topik yang tular. Ia bakal mengatasi kutipan tertinggi filem Malaysia yang disandang filem Munafik 2 sebanyak RM37.74 juta.
Awal-awal lagi sebelum mula ditayangkan pada 23 Jun, pasukan pemasaran Kembara Studios telah merangka pelan promosinya dengan tersusun. Sehingga catatan ini ditulis, promosi mereka di YouTube sahaja sudah melebihi 1.2 juta tontonan.