Stok penimbal makanan perlu minimum 65 peratus
Iklan
Rafidah menggesa kerajaan memastikan stok penimbal bekalan sekuriti makanan negara seperti beras dan ayam mesti merangkumi minimum 65 peratus daripada penggunaan rakyat.
SHAH ALAM - Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan kerajaan sepatutnya memastikan stok penimbal bekalan sekuriti makanan negara seperti beras dan ayam, disimpan pada tahap minimum 65 peratus daripada penggunaan rakyat di sepanjang tempoh krisis.
Jelas Rafidah yang juga bekas Menteri Perusahaan Awam, langkah strategik berkenaan penting bagi memastikan rakyat ketika ini tidak terbeban dengan krisis sekuriti makanan dan masalah inflasi luar biasa disebabkan senario konflik ekonomi ‘bertindih’.