Hukum peniaga ambil untung subsidi kerajaan
Iklan
Sebanyak 7,633 kilogram minyak masak peket yang berjaya dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Sandakan pada 7 Jun lalu.
SHAH ALAM - Kerajaan digesa untuk mengambil tindakan tegas dengan tidak membenarkan penjualan minyak peket secara dalam talian yang dijual melebihi harga siling ditetapkan.
Timbalan Pengerusi Persatuan Peniaga Petaling Jaya, Zambri Shahbhari berkata, perkara tersebut adalah sama sekali dilarang dan memberi bebanan kepada rakyat terutama golongan yang memerlukan.