Cara berbelanja musim barang mahal
Iklan
Rakyat Malaysia diingatkan supaya mengawal perbelanjaan dan fokus kepada keperluan bagi menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Pakar syor tip urus perbelanjaan hadapi peningkatan kos sara hidup
SHAH ALAM - Pakar mengesyorkan pelbagai langkah perbelanjaan berhemat kepada pengguna dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup ketika ini.
Pakar Kewangan Pengguna, Profesor Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, pengguna disaran menyemak serta menganalisis rancangan perbelanjaan bulanan dengan mengenal pasti barangan yang perlu, kurang perlu dan tidak perlu.