23 pesakit klinik pemulihan penagih dadah di Mexico diculik

Iklan
Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu klinik pemulihan di Irapuato, Guanajuato dan menculik 23 orang pada Rabu lalu. - Gambar Hiasan

IRAPUATO - Sekumpulan lelaki bersenjata dilaporkan menculik 23 pesakit sebuah klinik pemulihan penagih dadah di Mexico sebelum membebaskan 13 daripada mereka, kata pihak berkuasa semalam.

Saksi berkata, kumpulan bersenjata yang menaiki beberapa kenderaan itu menyerbu masuk klinik pemulihan di Irapuato, Guanajuato pada Rabu lalu.

Iklan
Iklan

"Kami mempunyai nama kesemua 23 mangsa, 13 daripada mereka dibebaskan sementara 10 yang lain masih hilang.

"Beberapa mangsa mengalami kecederaan dan enggan bercerita tentang apa yang berlaku," kata Pendakwa Negeri Guanajuato, Carlos Zamarripa kepada wartawan.

Iklan

Seperti kawasan lain di Mexico, Guanajuato, sebuah hab perindustrian dan pelancongan turut berdepan jenayah keganasan.

Hingga kini, Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador menghadapi kesukaran menangani keganasan yang sebahagian besar berpunca daripada kartel dadah. - AFP

Iklan