Kedah terima cadangan tempatkan pegawai SPRM di Pejabat Menteri Besar
Iklan
ALOR SETAR - Kerajaan Kedah menerima cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menempatkan seorang pegawai kanannya di pejabat Menteri Besar sebagai usaha pencegahan aktiviti rasuah dan menjaga integriti.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, persetujuan cadangan itu dilihat sebagai satu tindakan yang menepati dasar kerajaan negeri yang mahu memastikan segala keputusan yang melibatkan tadbir urus negeri dilakukan dengan telus dan berintegriti.