United bernafsu buru kemenangan

Iklan
Dua gol jaringan Rashford bantu United benam Spurs di laman sendiri- Agensi

SELEPAS berjaya menumbangkan Tottenham Hotspur di laman sendiri, Manchester United kini dilihat lebih bernafsu memburu kemenangan seterusnya.

Dua jaringan daripada penyerang United, Marcus Rashford menghampakan pengendali Spurs, Jose Mourinho dalam kunjungan pertama ke Old Trafford selepas kembali semula ke liga itu.

Iklan
Iklan

United bakal berkunjung ke Etihad Stadium awal pagi Ahad ini bagi perlawanan ke 16 Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendalinya, Ole Gunner Solskjaer berkata, pasukan kini perlu fokus kepada pertembungan Ahad ini bagi memastikan kemenangan milik mereka.

Iklan

"Kami akan cuba untuk mendapatkan mata maksimum dan pertembungan menentang Manchester City ini merupakan peluang untuk kami membuktikan kemampuan sebenar pasukan," katanya selepas perlawanan menentang Spurs pagi tadi.

Bagaimanapun, tugas United bukan mudah kerana City selaku juara bertahan kembali mendapat rentak hasil kemenangan selesa 4-1 ke atas Burnley selepas hanya mengutip empat mata daripada tiga perlawanan sebelum ini.

Iklan