Syed Saddiq kesal isu graduan tabik Nazi
Iklan
Syed Saddiq
SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan kekesalannya membabitkan insiden tabik Nazi yang dilakukan oleh seorang graduan sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah baru-baru ini.
Menerusi sepucuk surat kepada Duta Jerman ke Malaysia, Nikolas Graf Lambssorff, Syed Saddiq menegaskan mengangkat seorang pemimpin didapati bersalah dalam melakukan jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai serta pembersihan etnik bukan sesuatu perbuatan boleh dibuat main-main selain menjelaskan, Islam juga melarang aksi keganasan tersebut terhadap manusia lain kecuali untuk mempertahankan diri.
Iklan
Iklan
"Menyokong holokaus adalah bertentangan dengan ajaran Islam sedangkan masyarakat Islam sendiri pada hari ini terpaksa menyaksikan saudara-saudaranya diseksa oleh bangsa lain seperti di Sri Lanka dan tragedi berdarah Christchurch.
"Perbandingan dibuat oleh pelajar berkenaan yang mengatakan untuk memperjuangkan hak kumpulan adalah dengan mempertahankan ketidakadilan kumpulan yang adalah satu pemisahan palsu," katanya.
Iklan
Sebaliknya Syed Saddiq berkata, walaupun beliau adalah penyokong tegar kebebasan bersuara, namun tetap tidak bersetuju dengan tindakan graduan berkenaan.
Baru-baru ini, Kedutaan Jerman menggesa kerajaan Malaysia dan pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang graduan yang dipercayai menunjukkan simbol Nazi sewaktu majlis konvokesyen universiti itu.
Iklan
Dalam kenyataan di laman rasmi Facebook, Kedutaan Jerman mengecam kelakuan itu dan mengingatkan lelaki terbabit bahawa ramai yang terbunuh dan terseksa disebabkan kekejaman Adolf Hitler ketika Perang Dunia II serta menyifatkan tindakan pelajar terbabit secara jelasnya adalah tidak menghormati mangsa kekejaman yang dilakukan oleh rejim Hitler.
Seorang graduan UMS yang dikenali sebagai Ibn Ruru telah menunjukkan simbol Nazi di samping dengan bangganya memuat naik gambar tersebut di laman Facebooknya.
ARTIKEL BERKAITAN Kedutaan Jerman kecam graduan UMS tabik 'hail Hitler'
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>