Skuad badminton berpasukan lelaki kempunan pingat emas

Iklan
Aksi Aaron Chia (depan) dan Soh Wooi Yik ketika menentang Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto di di Kompleks Sukan Muntinlupa Manila hari ini. - Foto Bernama

HASRAT skuad badminton lelaki negara untuk membawa pulang pingat emas acara berpasukan tidak kesampaian apabila tewas 1-3 kepada musuh tradisi Indonesia pada aksi final di Kompleks Sukan Muntinlupa Manila hari ini.

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan langkah tempang kem badminton apabila tewas kepada Jonathan Cristie 9-21, 17-21 sebelum beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bangkit menyamakan kedudukan selepas mengalahkan Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto 21-17, 21-13.

Iklan
Iklan

Soong Joo Ven pemain perseorangan kedua negara yang tampil cemerlang pada set pertama 21-13 menyaingi Anthony Ginting terpaksa akur apabila tunduk untuk 15-21, 18-21 dua set berikutnya.

Saingan skuad negara berakhir apabila pasangan beregu kedua negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin tunduk kepada Wahyu Nayaka-Ade Yusuf Santoso 16-21, 19-21.

Iklan
Iklan