Mana ibu kandung Iman Hakim?
Iklan
Iman Hakim
SUBANG JAYA - Ibu kandung kepada seorang bayi lelaki berusia empat bulan diminta tampil bagi urusan dokumen dan penempatan kanak-kanak itu kelak.
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Subang Jaya dalam satu kenyataan memaklumkan, Iman Hakim Aliff Abdul Fattah diselamatkan pihaknya pada 15 Oktober lalu selepas diabaikan ibu kandung yang dikenali sebagai Intan Noor Azlina.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, Iman Hakim dilahirkan di Hospital Serdang pada 14 Ogos dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU) kerana menghidap ‘Withdrawal Symptom’.
"Ibu kandungnya merupakan seorang penagih dadah dan mengambil dadah jenis syabu serta heroin sepanjang tempoh kehamilan.
Iklan
"Ibu kandung melarikan diri dari wad selepas melahirkan bayi dan sehingga tidak dapat dikesan dan dihubungi,” katanya menerusi kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan, ibu kandung Iman Hakim masih terlibat dengan dadah dan tidak memberi kerjasama sepanjang pelindung berusaha untuk mengesannya.
Iklan
Menurut kenyataan itu lagi, kes kanak-kanak itu telah dibawa ke Mahkamah Bagi Kanak-Kanak Petaling Jaya pada 15 Oktober lalu bagi penempatan dalam jagaan keluarga pelihara sehingga 12 Disember ini.
"Kes bayi ini akan dibawa ke mahkamah sekali lagi bagi mempertimbangkan penempatannya kelak.
"Sehubungan itu, mereka yang mempunyai maklumat berhubung ibu kandung kanak-kanak diminta menghubungi Pegawai Pelindung JKM Cawangan Subang Jaya, Mohd Hafifi Mohd Ariff di talian 0356343095,” kata kenyataan itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ban Bukit Changgang didakwa tidak kukuh, penduduk gesa JPS kaji semula"><meta itemprop="description" content="Ban Bukit Changgang didakwa tidak kukuh, penduduk gesa JPS kaji semula
Struktur ban yang didakwa tidak kukuh menjadi punca kejadian banjir berulang di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang sejak 2021, termasuk dua kali pada 2026, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury dan juruvideo, Yusrizal Yusuf.
Pengerusi Persatuan Belia RTB, Mohd Tazarul Tamsir, 43, berkata, banjir berlaku hampir setiap tahun sejak 2021, termasuk dua kejadian pada 2023 yang tidak melibatkan penduduk, manakala dua kejadian pada 2026 melibatkan penduduk.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806373/edisi/selangor-kl/ban-bukit-changgang-didakwa-tidak-kukuh-penduduk-gesa-jps-kaji-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #RTBBukitChanggang"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T08:03:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P261S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0ff0y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0ff0y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0ff0y"></script>