Atlet muda catur menyinar di FIlipina

Iklan
Turun sebagai peserta muda tidak menghalang Li Tian mengharumkan nama negara pada Sukan SEA 2019 dengan menyumbangkan emas bagi acara Catur rapid chess hari ini. -Foto Majlis Sukan Negara (MSN)

ATLET catur muda negara, Yeoh Li Tian, menyinar pada penampilan di Sukan SEA 2019 apabila berjaya meraih emas dalam acara rapid chess hari ini.

Turun hanya sebagai pemain berstatus master antarabangsa, ia tidak menjadi penghalang buat dirinya menewaskan lawan daripada Vietnam, Nguyen Ngoc Truong Son yang juga juara dunia

Iklan
Iklan

"Saya tidak menyangka memenangi emas kerana pada mulanya hanya menyasarkan pingat emas atau gangsa sahaja. Memang saya tahu peluang itu ada tetapi emas bagi penampilan pertama merupakan sesuatu yang cukup bermakna.

"Memang saya akui pertemuan dengan peserta daripada Vietnam satu tugas sukar kerana beliau menang banyak kali, jadi saya perlu lakukan perkara sama," katanya hari ini.

Iklan

Sementara itu, Pengarah Bahagian Persediaan Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin berkata, kejayaan yang diperolehi skuad catur negara merupakan satu bonus kepada jumlah pungutan pingat emas bagi temasya Sukan SEA 2019 di FIlipina.

Jelasnya, Li Tian mempunyai potensi dan keupayaan untuk meraih pingat pada Sukan SEA sebelum ini tetapi terhalang.

Iklan

"Lawanya merupakan juara dunia, jadi ia sebenarnya petanda baik bagi sukan catur," katanya.