Sanggup gadai nyawa demi tuan...

Iklan
Paparan Facebook Noohashim Mohamad tular di laman sosial.

SEEKOR kucing menjadi hero apabila berjaya menyelamatkan sebuah keluarga daripada dipatuk ular tedung di Shah Alam.

Kucing diberi nama Betty itu dikatakan menyerang seekor ular yang cuba memasuki rumah tuannya.

Iklan
Iklan

Pemilik akaun Facebook, Faridah Noor berkata, anaknya menghantar gambar menerusi aplikasi WhatsApp menujukkan Betty sanggup bersabung nyawa berhadapan dengan seekor ular tedung di rumahnya.

"Allahuakbar, sekali lagi anak-anak bulus menjadi penyelamat. Tengah kerja anak hantar gambar ni, rasa lemah kaki terus tinggal kerja balik tengok anak-anak kat rumah.

Iklan

Hantaran itu yang tular di media sosial turut dikongsikan Noohashim Mohamad yang menunjukkan Betty berlawan dengan reptilia berbisa itu.

Kata Mohd Zamri Jamaluddin,"Kalau kepala sudah naik itu sah tedung senduk. Macam mana ya kucing tu berlawan dengan ular tu? Terbaiklah."

Iklan

Wahid Mokhtar berkata,"Warna merah di kepala ular itu mungkin sebab luka kerana si bulus kerjakan, hebat bulus itu sanggup bahayakan dirinya."

Komen daripada netizen.

Sementara itu, Youn Azhalisa berkongsi pengalamannya memiliki seekor kucing yang berani berlawan dengan ular.

"Baiknya Betty, teringat dengan kucing saya Sweety. Tengah solat dia tawaf keliling sejadah.

"Siap gesel-gesel habis solat bila saya berpaling nak cari dia rupanya ada di belakang saya. Saya melihat kelibat anak ular senduk lebih kurang 7 kaki dari tempat saya solat.

"Menjerit sakanlah sampai ular tu terkejut dan lari keluar. Saya menjerit tak mahu Sweety kacau ular itu takut kena patuk. Apa pun Sweety saya dah tiada di dunia ini tinggal memori." katanya.