Tunku Ismail luah rasa terkilan
Iklan
Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim
JOHOR BAHRU - Pemangku Raja Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluahkan rasa terkilan selepas melihat keadaan wad di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terbakar tiga tahun lalu seakan tiada usaha memulihkannya apabila masih terdapat kesan terbakar.
Tunku Ismail hari ini berkenan melawat wad berkenaan dan sebelum ini baginda juga pernah ke wad itu pada 1 November 2018.
Iklan
Iklan
Tunku Ismail menerusi akaun laman Facebook peribadi miliknya, HRH Crown Prince of Johor bertitah, adakah rakyat Johor kini dianaktirikan sehinggakan fasiliti penting untuk rakyat Johor telah menjadi tempat terbiar?
Menurut baginda, sehingga hari ini, mengapa insentif-insentif kerajaan Persekutuan untuk kerajaan negeri dan rakyat Johor semakin berkurangan sehinggakan selepas tiga tahun pun wad hospital tidak dibaiki?
Iklan
"Saya berharap agar hal yang melibatkan kepentingan rakyat tidak diabaikan begitu saja kerana itulah yang perlu diutamakan oleh pihak yang memerintah.
"Johor menyumbang 9.6 peratus terhadap ekonomi negara pada tahun 2018, iaitu sebanyak RM138.9 bilion. Maka rakyat Johor berhak untuk mendapatkan kemudahan yang terbaik bagi kesenangan hidup mereka," titahnya.
Iklan
Dalam kejadian pada 25 Oktober 2016, enam pesakit terdiri dari empat wanita dan dua lelaki maut dalam kebakaran di tingkat dua wad ICU Selatan HSA Johor Bahru.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>