13 daerah di Narathiwat dilanda banjir

Iklan

NARATHIWAT - Hujan lebat yang berterusan hampir lima hari menyebabkan 13 daerah di Wilayah Narathiwat, Selatan Thailand dilanda banjir.

Gabenor Narathiwat, Ekkarat Leesen berkata, tiga daerah iaitu Sukhirin, Sungai Golok dan Sungai Padi diisytiharkan sebagai zon bencana banjir berikutan paras air meningkat secara mendadak.

Iklan
Iklan

Sehingga jam 7 malam (waktu tempatan), sebanyak 123 mangsa banjir daripada 28 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara di Sekolah Tesaban 4, Sungai Kolok, Narathiwat.

"Hujan masih turun di Wilayah Narathiwat. Banyak kawasan telah ditenggelami air. Daerah Rengae paling teruk terjejas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Iklan

Ekkarat berkata, pihaknya akan sentiasa memantau keadaan paras air sungai dan memaklumkan perkembangan semasa banjir kepada penduduk tempatan.

Terdahulu, Ekkarat bersama pihak berkuasa tempatan turut melawat kawasan terjejas akibat banjir dan pada masa sama mereka turut menyalurkan bantuan makanan kepada mangsa.

Iklan

Jabatan Meteorologi Thailand meramalkan hujan lebat akan berlaku di selatan Thailand dan taburan hujan akan meningkat 40 hingga 60 peratus. - Bernama