Beli EX5 RM300, tup-tup kena tahan polis

Iklan
Remaja ini ditahan kerana memiliki motosikal curi yang dibelinya dengan harga RM300.

SHAH ALAM - Seorang remaja yang mengaku membeli motosikal berharga RM300 tanpa sebarang geran antara tiga lelaki ditahan dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam awal pagi tadi.

Remaja lelaki berusia 15 tahun itu ditahan selepas anggota penguat kuasa mendapati motosikal jenis Honda EX5 ditunggang dipercayai dicuri.

Iklan
Iklan

Pemeriksaan dilakukan juga mendapati nombor pendaftaran casis dan enjin motosikal jenis Honda EX5 milik remaja itu berbeza dengan yang didaftarkan.

"Saya beli motor tu daripada kawan sebab murah. Saya tak tahu pun ia motosikal curi," katanya yang turut tidak memiliki lesen memandu.

Iklan
Kawasan Dataran Kemerdekaan Shah Alam menjadi tumpuan kumpulan bermotosikal mempamerkan pelbagai aksi dan gelagat pada malam minggu.

Sementara itu Pemangku Ketua Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Asisten Superintendan Akmal Rabiatun Zaini berkata, selain remaja itu, dua warga asing turut ditahan kerana tidak memiliki lesen memandu.

"Mereka antara 350 orang diperiksa melibatkan 250 buah motosikal dalam Op Bersepadu Samseng Jalanan berkenaan.

Iklan
Sebahagian penunggang motosikal yang diperiksa.


ARTIKEL BERKAITAN: Mat rempit masuk perangkap