Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat
Iklan
KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 389 orang pada jam 8 pagi ini berbanding 198 orang pada jam 8 malam tadi.
Menurut aplikasi Info Bencana JKM, Pasir Mas menjadi jajahan terbaru dilanda bencana tersebut selepas 179 orang dipindahkan lewat malam tadi.
Iklan
Iklan
Sehingga pagi ini, sebanyak 12 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka berbanding tujuh pada malam semalam selepas lima PPS dibuka di Pasir Mas.
Lima PPS di Pasir Mas itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jarum membabitkan 61 mangsa, 30 orang di PPS Putat Tujoh, 64 orang di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, 20 orang di SK Kampung Baru dan empat orang di SK Sri Kiambang.
Iklan
Di Tanah Merah, seramai 47 mangsa telah dipindahkan ke enam PPS iaitu 39 orang di SK Kelewek, dua orang di SK Bukit Panau, 35 orang di SK Alor Pasir, 17 orang di SK Kulim, 33 orang di Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang dan 47 orang lagi di Masjid Mukim Kuala Kepok.
Machang kekal dengan 37 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Pak Roman.
Iklan
Sementara itu laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di http://publicinfobanjir.water.gov.my menunjukkan paras bacaan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.01 meter melebihi paras bahaya 9 meter berbanding 9.29 meter malam tadi.
Sungai Lebir di Tualang, Kuala Krai pula melebihi paras amaran iaitu 31.40 meter (amaran 31 meter).
Selain itu, tiga sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu Sungai Kelantan di Kuala Krai meningkat kepada 21.75 meter (berjaga-jaga 20 meter), Sungai Kelantan di Kusial meningkat kepada 13.52 meter (berjaga-jaga 12 meter) dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah meningkat kepada 21.78 meter (bejaga-jaga 21.50 meter).
Hujan lebat sejak malam tadi menyebabkan kebanyakan kawasan rendah sekitar Sungai Kelantan dinaiki air bagaimanapun belum ada jalan utama yang ditutup dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga OKU lelaki didakwa berlagak, berpakaian wanita di pejabat agama"><meta itemprop="description" content="Seorang peniaga dalam talian yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran mengaku tidak bersalah di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada Selasa atas kesalahan lelaki berlagak seperti wanita di pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) pada November lalu.
Tertuduh, Khairul Izwan Sidi Ahmad, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan mengikut Seksyen 19(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Wan Mohd Firdaus W Ibrahim.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795322/edisi/kelantan/peniaga-oku-lelaki-didakwa-berlagak-berpakaian-wanita-di-pejabat-agama
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #lelakiberpakaianwanita"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-08T05:04:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/eBAeY1gdvTcr19J9W/x1080"><meta itemprop="duration" content="P145S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5ahwi"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5ahwi"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5ahwi"></script>