Polis nafi pelatih merusuh di Pulapol Langkawi
Iklan
LANGKAWI - Polis menafikan berlaku kejadian rusuhan melibatkan pelatih yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Langkawi, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.
Iklan
Iklan
"Difahamkan memang ada kejadian pelatih tidak berpuas hati terhadap teguran kasar oleh seorang pengawal sentri yang menguatkuasakan larangan pelatih keluar dari berek hujung minggu.
"Cuma berlaku pertengkaran mulut, namun tidak ada apa-apa kecederaan dan kerosakan. Kejadian tersebut juga tidak menyebabkan sebarang rusuhan berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Iklan
Mohd Iqbal berkata, beliau difahamkan berikutan kejadian itu, komandan telah berjumpa dengan pelatih terlibat dan keadaan terkawal. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah"><meta itemprop="description" content="Sikap penghuni terus menjadi ‘musuh’ utama Flat Teluk Indah
 Perubahan pengurusan sejak kira-kira tiga tahun lalu berjaya mengubah wajah Blok E1 dan E2 Flat Teluk Indah, Perai apabila keadaan kebersihan, penyelenggaraan serta pengurusan parkir dilihat jauh lebih baik berbanding sebelum ini.
Namun, usaha berkenaan masih belum mampu menghapuskan sepenuhnya imej kotor yang sekian lama membelenggu kedua-dua blok tersebut apabila sikap segelintir penghuni yang tidak bertanggungjawab terus menjadi punca utama masalah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788634/edisi/utara/sikap-penghuni-terus-menjadi-musuh-utama-flat-teluk-indah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Kebersihan #Flat #Flattelukindah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-20T09:12:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaqngae"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaqngae"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaqngae"></script>