KUANTAN - Sejumlah RM323,920 diperuntukkan kepada 10 usahawan kecil negeri ini bagi memberi lebih galakan untuk membina dan memperluaskan perusahaan secara proaktif.
Pengarah Mara Pahang, Raja Sarimah Raja Jamaludin berkata, jumlah tersebut diperuntukkan menerusi beberapa kategori iaitu Skim Pembiayaan Belia, Skim Pembiayaan Mudah Jaya, Skim Pembiayaan Perniagaan DanaNITA, Program Pembangunan Usahawan Teknologi Lanjutan dan Program Peningkatan dan Pembangunan Standard Perniagaan.